BAU (Sarawak): Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata penurunan jumlah kes baharu kepada dua digit itu berlaku sejak beberapa minggu lepas sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa jumlah kes COVID-19 akan meningkat berikutan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, yang lepas.
"Saya berterima kasih kepada rakyat telah mendapat vaksinasi dan juga dos penggalak yang dapat mengawal (penularan) COVID-19 ini. Apabila angka menurun, mudah-mudahan kita dapat masuk fasa empat, maka ekonomi kita akan dibuka (sepenuhnya)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-65 Majlis Daerah Bau di sini hari ini.
Kes harian COVID-19 di Sarawak menunjukkan trend penurunan dari tiga digit kepada dua digit bermula dengan 91 kes dilaporkan pada 4 Dis lepas kepada 23 kes yang direkodkan semalam.
Abang Johari berkata penurunan kes COVID-19 dan peralihan ke fasa empat bakal memberi kesan positif kepada kegiatan perniagaan dan aktiviti lain yang memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat.
Sebagai usaha meneruskan pembangunan ekonomi Sarawak, beliau berkata penglibatan sektor swasta akan dipergiat khususnya dalam pembangunan yang tidak dapat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Dalam proses pembangunan, kita memerlukan penglibatan sektor swasta dan mereka akan menyuntik dana, manakala kerajaan pula akan memudahkan mereka (sektor swasta) membangunakan kawasan tertentu termasuk di Bau," katanya.
Dalam pada itu, Abang Johari berkata pembangunan infrastruktur asas khususnya di kawasan luar bandar dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun yang seterusnya membolehkan tumpuan dapat diberikan ke arah meningkatkan program inovasi dan pembangunan bakat rakyat Sarawak dalam bidang teknologi baharu.
"Sebab itu kita galakkan sektor swasta untuk menjana ekonomi kita dan kalau ini berlaku, saya nampak masa depan kita di Sarawak adalah cerah. Kita ada pendekatan sendiri, rakyat sendiri dan cara membangunkan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat kawasan Tasik Biru yang merupakan mercu tanda Bau pada Sambutan Ulang Tahun ke- 65 Majlis Daerah Bau hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Faridah pergi dalam keadaan baik, kami reda - Keluarga
Keluarga Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam, reda sambil menyifatkan arwah pergi dalam keadaan yang sangat baik.
Dua gol Penang FC batal, akur seri 0-0 dengan Terengganu
Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super.
Regu Malaysia mudah tempah tiket ke suku akhir
Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
COVID-19: China henti umum angka korban, kes harian
NHC memaklumkan langkah terbaharu itu sekali gus menamatkan amalan yang dibuat sejak awal 2020.
COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.
COVID-19: Shanghai lanjutkan sekatan
Setakat ini, masih belum jelas mengapa sekatan tersebut dilanjutkan walaupun kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan kes harian.
COVID-19: Kes harian terus menurun dengan 6,623 kes baharu
Daripada jumlah itu, 6,581 kes adalah dari kategori satu dan dua, manakala 42 kes adalah dalam kategori tiga, empat, dan lima.
COVID-19: Kes harian menurun sedikit kepada 20,923
Daripada jumlah tersebut, hanya 115 kes atau 0.55 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5.
COVID-19: Jerman tarik semula kebanyakan larangan
Langkah itu diambil ketika kes harian COVID-19 di negara itu masih mencatatkan peningkatan drastik.
COVID-19: Korea Selatan sahkan lebih 40,000 kes baharu
Jumlah kes COVID-19 dalam negara itu kini melonjak kepada 7.63 juta kes.
COVID-19: Kes harian meningkat dalam dua tahun di China akibat Omicron
Pada Ahad, China melaporkan 214 kes jangkitan tempatan di wilayah Guangdong, Jilin dan Shandong.
COVID-19: Kes baharu lepasi paras 20,000 - Dr Noor Hisham
Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 20,939 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.